Saturday, 3 December 2011

APA ITU KELUARGA SIHAT?

Keluarga Sihat boleh ditakrifkan sebagai :

“Keluarga yang memenuhi keperluan fizikal, psikologikal, sosial dan kerohanian ahli-ahlinya”.

Definisi ini menjelaskan bahawa dengan memenuhi keperluan asas ini, keluarga boleh
mencapai kesejahteraan hakiki dari segi fizikal, mental dan sosial ahli-ahli keluarga dan
menjadi satu entiti kepada keluarga itu sendiri.


Elemen-elemen Keluarga Sihat

Berdasarkan kepada definisi keluarga sihat, elemen-elemen yang membentuk `Keluarga
Sihat’ boleh ditakrif dan dikenalpasti sebagai keluarga yang :-

• Tinggal di rumah yang sempurna dan selamat
• Mempunyai pendidikan yang mencukupi dan sesuai
• Mengamalkan amalan-amalan sihat (termasuk pemakanan sihat dan senaman)
• Mengamalkan kesihatan reproduktif dan seks yang optima bagi memastikan
kestabilan dan kesinambungan keluarga
• Mempunyai keselamatan emosi
• Berkomunikasi dan bergaul secara positif
• Memahami dan menjalankan peranan dan tanggungjawab
• Mengamalkan nilai-nilai moral dan agama
• Berkongsi masa lapang
• Mempunyai pendapatan yang mencukupi
• Memupuk sokongan sosial

Walaupun elemen-elemen ini kelihatan seperti diklasifikasikan kepada aspek fizikal,
mental (psikologikal) dan sosial, adalah penting untuk diketahui bahawa kebanyakannya
merupakan lanjutan daripada salah satu aspek atau lebih.


1 comment:

  1. Saya setuju sgt2, adalah penting untuk kita pilih yg terbaik bg jeluarga kita,teruamanya kesihatan mereka...bila keluarga sihat,hati senang,xde risau2... jom ke blog saya,kita sama2 share ilmu untuk keluarga yg lebih sihat dan bahagia...www.mysufisecret.blogspot.com

    ReplyDelete