Sunday 4 December 2011

TERIMA KASIH

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam membangunkan blog ini.Daripada sifar  sehingga penuh dengan info-info kesihatan yang terkini dan sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pengunjung dan follower blog ini. Akhir kata, Semoga perkongsian ilmu ini membolehkan kita maju setapak lagi ke hadapan dalam mendidik anak-anak bangsa. Segala kelemahan adalah datangnya daripada saya sendiri dan segala kebaikan itu adalah datangnya daripada Allah s.w.t.


Kepada pensyarah saya iaitu Encik Modi Bin Lakulu, sekalung penghargaan diucapkan atas kerjasama yang diberi dalam menyiapkan  Tugasan 1C (Kursus  : KRT 3013 Maklumat Untuk Sekolah Rendah)

Maklumat  diri saya:     Nama:   Rohaya binti Mamat
                                       No ID:   D20102043221
                                       Kump:   ELB-19

Saya mengakhirinya dengan serangkap pantun:  

Cempedak masak tolonglah dijolok
Supaya sama-sama dapat dimakan,
Saya guru belajar membuat blog,
Kalau salah tolong tunjukkan.
                       
                                                                        
Sekian, terima kasih
Dicatat oleh  : Rohaya Binti Mamat

Saturday 3 December 2011

AMALAN SIHAT SEBUAH KELUARGA BAHAGIA

1. Makan bersama dan makan makanan seimbang.
2. Berekreasi bersama keluarga.
3. Meluangkan masa bersama-sama dengan berbual-bual.
4. Melakukan kerja rumah bersama-sama.

Aktiviti riadah dan rekreasi menyihatkan badan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan


Riadah merupakan salah satu amalan gaya hidup sihat. Pada pandangan saya, riadah bermaksud menyihatkan badan dan menenangkan fikiran. Aktiviti riadah ini boleh dijadikan amalan mingguan keluarga.

Aktiviti riadah membolehkan kita mengisi masa lapang yang berfaedah dan tidak berfaedah. Contohnya kurang faedah adalah menonton televisyen,bermain permainan video,pergi ke kompleks membeli-belah,berbual-bual dan sebagainya. Masa cuti yang tidak diisi dengan aktiviti yang berfaedah akan merugikan kita. Dengan beriadah bersama keluarga kita pada masa lapang, banyak perkara berfaedah yang dapat kita lakukan contohnya berbasikal bersama-sama, berjoging di kawasan taman dan berkelah.

Aktiviti riadah bersama keluarga juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Semasa aktiviti ini dilakukan,ibu bapa boleh menggunakan masa ini untuk menasihatkan anak-anak tentang nilai murni yang baik dalam kehidupan seharian. Hubugan keluarga yang rapat boleh menjadikan sebuah keluarga yang dapat memupuk semangat perpaduan dan mengeratkan kasih sayang sesama ahli keluarga.

Aktiviti riadah juga boleh menjadikan badan kita sihat. Kalau badan kita sihat, kita boleh melakukan aktiviti harian dengan pantas. Jika badan kita sakit,kita perlu pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.Hal ini menyebabkan pembaziran wang kerana kita terpaksa mengeluarkan wang untuk rawatan.

APA ITU KELUARGA SIHAT?

Keluarga Sihat boleh ditakrifkan sebagai :

“Keluarga yang memenuhi keperluan fizikal, psikologikal, sosial dan kerohanian ahli-ahlinya”.

Definisi ini menjelaskan bahawa dengan memenuhi keperluan asas ini, keluarga boleh
mencapai kesejahteraan hakiki dari segi fizikal, mental dan sosial ahli-ahli keluarga dan
menjadi satu entiti kepada keluarga itu sendiri.


Elemen-elemen Keluarga Sihat

Berdasarkan kepada definisi keluarga sihat, elemen-elemen yang membentuk `Keluarga
Sihat’ boleh ditakrif dan dikenalpasti sebagai keluarga yang :-

• Tinggal di rumah yang sempurna dan selamat
• Mempunyai pendidikan yang mencukupi dan sesuai
• Mengamalkan amalan-amalan sihat (termasuk pemakanan sihat dan senaman)
• Mengamalkan kesihatan reproduktif dan seks yang optima bagi memastikan
kestabilan dan kesinambungan keluarga
• Mempunyai keselamatan emosi
• Berkomunikasi dan bergaul secara positif
• Memahami dan menjalankan peranan dan tanggungjawab
• Mengamalkan nilai-nilai moral dan agama
• Berkongsi masa lapang
• Mempunyai pendapatan yang mencukupi
• Memupuk sokongan sosial

Walaupun elemen-elemen ini kelihatan seperti diklasifikasikan kepada aspek fizikal,
mental (psikologikal) dan sosial, adalah penting untuk diketahui bahawa kebanyakannya
merupakan lanjutan daripada salah satu aspek atau lebih.