Sunday 4 December 2011

TERIMA KASIH

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam membangunkan blog ini.Daripada sifar  sehingga penuh dengan info-info kesihatan yang terkini dan sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pengunjung dan follower blog ini. Akhir kata, Semoga perkongsian ilmu ini membolehkan kita maju setapak lagi ke hadapan dalam mendidik anak-anak bangsa. Segala kelemahan adalah datangnya daripada saya sendiri dan segala kebaikan itu adalah datangnya daripada Allah s.w.t.


Kepada pensyarah saya iaitu Encik Modi Bin Lakulu, sekalung penghargaan diucapkan atas kerjasama yang diberi dalam menyiapkan  Tugasan 1C (Kursus  : KRT 3013 Maklumat Untuk Sekolah Rendah)

Maklumat  diri saya:     Nama:   Rohaya binti Mamat
                                       No ID:   D20102043221
                                       Kump:   ELB-19

Saya mengakhirinya dengan serangkap pantun:  

Cempedak masak tolonglah dijolok
Supaya sama-sama dapat dimakan,
Saya guru belajar membuat blog,
Kalau salah tolong tunjukkan.
                       
                                                                        
Sekian, terima kasih
Dicatat oleh  : Rohaya Binti Mamat

Saturday 3 December 2011

AMALAN SIHAT SEBUAH KELUARGA BAHAGIA

1. Makan bersama dan makan makanan seimbang.
2. Berekreasi bersama keluarga.
3. Meluangkan masa bersama-sama dengan berbual-bual.
4. Melakukan kerja rumah bersama-sama.

Aktiviti riadah dan rekreasi menyihatkan badan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan


Riadah merupakan salah satu amalan gaya hidup sihat. Pada pandangan saya, riadah bermaksud menyihatkan badan dan menenangkan fikiran. Aktiviti riadah ini boleh dijadikan amalan mingguan keluarga.

Aktiviti riadah membolehkan kita mengisi masa lapang yang berfaedah dan tidak berfaedah. Contohnya kurang faedah adalah menonton televisyen,bermain permainan video,pergi ke kompleks membeli-belah,berbual-bual dan sebagainya. Masa cuti yang tidak diisi dengan aktiviti yang berfaedah akan merugikan kita. Dengan beriadah bersama keluarga kita pada masa lapang, banyak perkara berfaedah yang dapat kita lakukan contohnya berbasikal bersama-sama, berjoging di kawasan taman dan berkelah.

Aktiviti riadah bersama keluarga juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Semasa aktiviti ini dilakukan,ibu bapa boleh menggunakan masa ini untuk menasihatkan anak-anak tentang nilai murni yang baik dalam kehidupan seharian. Hubugan keluarga yang rapat boleh menjadikan sebuah keluarga yang dapat memupuk semangat perpaduan dan mengeratkan kasih sayang sesama ahli keluarga.

Aktiviti riadah juga boleh menjadikan badan kita sihat. Kalau badan kita sihat, kita boleh melakukan aktiviti harian dengan pantas. Jika badan kita sakit,kita perlu pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.Hal ini menyebabkan pembaziran wang kerana kita terpaksa mengeluarkan wang untuk rawatan.

APA ITU KELUARGA SIHAT?

Keluarga Sihat boleh ditakrifkan sebagai :

“Keluarga yang memenuhi keperluan fizikal, psikologikal, sosial dan kerohanian ahli-ahlinya”.

Definisi ini menjelaskan bahawa dengan memenuhi keperluan asas ini, keluarga boleh
mencapai kesejahteraan hakiki dari segi fizikal, mental dan sosial ahli-ahli keluarga dan
menjadi satu entiti kepada keluarga itu sendiri.


Elemen-elemen Keluarga Sihat

Berdasarkan kepada definisi keluarga sihat, elemen-elemen yang membentuk `Keluarga
Sihat’ boleh ditakrif dan dikenalpasti sebagai keluarga yang :-

• Tinggal di rumah yang sempurna dan selamat
• Mempunyai pendidikan yang mencukupi dan sesuai
• Mengamalkan amalan-amalan sihat (termasuk pemakanan sihat dan senaman)
• Mengamalkan kesihatan reproduktif dan seks yang optima bagi memastikan
kestabilan dan kesinambungan keluarga
• Mempunyai keselamatan emosi
• Berkomunikasi dan bergaul secara positif
• Memahami dan menjalankan peranan dan tanggungjawab
• Mengamalkan nilai-nilai moral dan agama
• Berkongsi masa lapang
• Mempunyai pendapatan yang mencukupi
• Memupuk sokongan sosial

Walaupun elemen-elemen ini kelihatan seperti diklasifikasikan kepada aspek fizikal,
mental (psikologikal) dan sosial, adalah penting untuk diketahui bahawa kebanyakannya
merupakan lanjutan daripada salah satu aspek atau lebih.


Friday 2 December 2011

PUPUK CARA PEMAKANAN SIHAT DI SEKOLAH


 
Kementerian kesihatan dan kementerian pelajaran telah mengambil langkah untuk menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan Kantin Sekolah Sihat yang meliputi larangan menjual minuman berkarbonat berjenama dan minuman bertenaga di kantin atau mesin layan diri di sekolah. Usaha ini dianggap sebagai langkah untuk menggalakkan pemakanan berkhasiat dalam kalangan pelajar.

Kegemukan dan obesiti mempunyai kaitan dengan cara pemakanan. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini, menunjukkan bahawa seorang daripada 4 orang kanak-kanak di negara ini adalah gemuk ataupun obes. Manakala seorang daripada 3 orang remaja adalah berat badan yang berlebihan, dan seorang daripada 6 orang ialah obes. Kajian tersebut dijalankan pada tahun 2002 dan tahun 2008. Penemuan kajian tersebut menunjukkan peningkatan yang ketara dalam bilangan kegemukan dan obesiti dalam kalangan pelajar sekolah. Kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun juga menunjukkan peratus kegemukan dan obesiti lebih daripada 9%.

Statistik yang membimbangkan ini, jika dibiarkan, akan menyebabkan negara ini menuju ke arah negara gemuk. Kegemukan dan obesiti ialah penyebab utama kepada penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, penyakit darah tinggi dan sebagainya. Ini juga akan meningkatkan kos perubatan untuk rakyat Malaysia dan kerajaan.

Penjagaan pemakanan anak-anak patut dimulakan sejak bayi. Penyelidikan telah menunjukkan kebanyakan golongan dewasa yang obes bermula daripada bayi yang mempunyai berat badan berlebihan. Memulakan makanan pejal yang berkarbohidrat tinggi pada usia terlalu awal dan juga minuman yang mempunyai kandungan gula seperti jus memberi kesan pada berat bayi.

Selain daripada  minuman berkarbonat, makanan yang tidak berkhasiat seperti keropok yang mengandungi garam yang tinggi, gula-gula serta makanan ringan yang kurang sihat juga patut dilarang dijual dalam kawasan sekolah. Selain itu, minuman jus atau minuman isotonik mungkin dianggap sebagai pilihan yang lebih sihat, tetapi produk tersebut juga mempunyai kandungan gula yang tinggi. Minuman tersebut juga patut dilarang dijual dalam kawasan sekolah.

Selain di dalam kawasan sekolah, kawasan di luar sekolah juga patut dipantau bagi mengelakkan wujudnya penjaja yang menjual makanan ringan yang tidak berkhasiat seperti ais krim. Kebanyakan penjaja ini merupakan penjaja yang tidak berlesen yang mempunyai cara penyimpanan makanan yang baik.  Garis panduan yang disediakan itu juga perlu merangkumi juga buffer zone, iaitu  kawasan luar sekolah dalam jarak yang tertentu dilarang menjual makanan yang tidak berkhasiat. Pihak sekolah juga patut bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memantau penjual makanan ringan tersebut.

Ibu bapa juga patut menjadikan model kepada anak-anak mereka dalam memupuk cara pemakanan yang sihat. Kanak-kanak patut didedah kepada cara pemakanan serta gaya hidup yang sihat sejak usia muda.

Yu Kin Len
Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC)

Berjalan 10,000 langkah sehari boleh menyihatkan badan kita

Thursday 1 December 2011

TIPS MENJAGA GIGI PUTIH DAN BERSIH

Hampir setiap hari kita pasti berhadapan dengan orang lain. Samada rakan sekerja, saudara mara, keluarga atau tetangga. Kesihatan mulut dan kebersihan gigi tentu amatlah penting untuk kepercayaan diri kita. Bagaimana cara merawat dan menjaga agar gigi tetap bersih dan putih, mari kita lihat tips-tipsnya.
  1. Gosoklah gigi tiga kali sehari dan setiap selesai makan. Tapi jangan terlalu kuat kerana akan mengikis lapisan luar gigi dan membuatkan gigi terhakis serta rosak. Kita juga boleh mencuba mengggunakan berus gigi elektrik dan masa yang baik untuk memberus gigi adalah selama dua minit.
  2. Pilih produk ubat gigi yang berpemutih. Kini terdapat pelbagai produk ubat gigi yang telah memasukan enzim dan formula kimia yang selamat sehingga anda tak perlu ragu untuk mengguna ubat gigi berpemutih.
  3. Selain itu juga, kita perlu rajin mengambil makanan berasaskan brokoli, daun selada atau bayam juga mampu menjaga gigi supaya putih. Sayur-sayuran itu terbukti sangat baik dan berkesan untuk mencegah kerosakkan gigi
  4. Strawberi adalah buah pemutih gigi yang sangat istimewa. Caranya mudah. Hancurkan saja strawberi kemudian tampalkan pada seluruh gigi anda dengan menggunakan jari. Biarkan selama satu hingga dua minit. Setelah itu gosoklah gigi dengan menyeluruh sampai bersih.
  5. Gunakan sedutan jika anda minum kopi, teh, dan minuman bersoda. Dengan demikian, minuman tak mengenai gigi secara langsung. Minuman-minuman tersebut biasanya menjadi penyebab kerosakan gigi yang sangat kuat.
  6. Bila anda memiliki wang yang lebih, tidak ada salahnya mencuba untuk mencuci gigi anda di klinik-klinik gigi atau berjumpa pakar gigi. Perawatan gigi ini biasanya mampu bertahan selama dua hingga tiga tahun. Akan tetapi sebaik sahaja dicuci, anda harus menjaga makanan dan minuman yang akan di makan.
Semoga senyuman yang cantik selalu menghiasi hari-hari anda.. :)


MENGAPAKAH GIGI PERLU DIJAGA

Tabiat penjagaan gigi perlu disemai dari sekarang. Selain perlu dibersihkan setiap hari anda juga perlu mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi gula berlebihan.

Mengapa kita perlu menjaga gigi supaya dalam keadaan baik? Selain berfungsi untuk menambah kecantikan, gigi juga bertujuan mengunyah makanan dengan sempurna. Ini bagi memudahkan perut menghadam makanan yang diambil. Gigi juga diperlukan supaya pertuturan menjadi lebih jelas. Gigi membantu lidah dalam membentuk sebutan sesuatu huruf.

Jika anda mempunyai nenek yang telah kehilangan gigi terutama pada bahagian hadapan, perhatikan pertuturannya,adahkah dia berjaya mengeluarkan sebutan huruf dengan jelas? Penjagaan gigi susu juga penting bagi memastikan gigi kekal yang tumbuh dalam susunan yang teratur. Jika gigi ssusu anda tercabut lebih awal daripada masanya, kemungkinan besar anda mengalami masalah gigi yang berlapis.

Dalam keadaan itu makanan yang diambil akan menghadapi masalah penghancuran makanan yang tidak sempurna. Ini memerlukan bahagian perut "bekerja lebih keras" untuk menghadamkan makanan sebelum ditukar menjadi tenaga.Selain itu gigi susu juga memainkan peranan untuk membentuk tulang rahang yang betul.

Pernahkah anda melihat rakan yang tidak mempunyai gigi yang lengkap terutama pada bahagian hadapan? Cuba bandingkan dengan rakan yang mempunyai set gigi yang lebih sempurna. Tidakkah mereka lebih menarik? Gigi merupakan "aksesori" untuk mencantikkan rupa paras kita. Ini terutamanya apabila anda tersenyum.

Klinik pergigian bukan sahaja menyediakan kemudahan rawatan untuk memeriksa gigi yang rosak malahan ia turut menganjurkan aktiviti pendidikan kesihatan gigi kepada anda. Dalam aktiviti itu, jururawat akan menunjukkan kepada anda kaedah memberus gigi yang betul. Pengetahuan ini penting kerana ia akan memastikan sisa makanan yang terlekat di celah gigi dapat dikeluarkan. Ini akan mengelakkan gigi anda daripada dijangkiti karies gigi.

Di samping itu pelbagai aktiviti yang menarik turut dijalankan seperti aktiviti mewarna, petunjukkan boneka, tayangan video dan permainan berunsurkan pendidikan kesihatan gigi. Aktiviti itu bertujuan memberi pendedahan awal kepada anda cara yang betul menjaga gigi supaya gigi anda dapat dikekalkan selama mungkin.

Ini juga untuk memberi pengalaman yang berguna dan untuk mengikis tanggapan selama ini klinik gigi merupakan suatu tempat yang menakutkan. Ibu bapa juga akan mendapat manfaat daripada aktiviti ini kerana penjagaan gigi bukan sahaja tertumpu kepada golongan kanak-kanak sahaja,penjagaan gigi memerlukan perhatian sepanjang hayat.


PENTINGKAH PENJAGAAN GIGI??

Gigi yang cantik dan sihat memerlukan penjagaan yang rapi. Gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Makanan ringan seperti gula-gula, coklat dan aiskrim boleh merosakkan gigi sekiranya diambil secara berlebihan. Minuman seperti susu yang mengandungi kalsium pula dapat menguatkan gigi.


Berjumpalah dengan doktor gigi setiap enam bulan sekali bagi memastikan gigi dibersihkan, ditampal, dikikis atau dicabut. Gigi yang bersih dan putih akan mencantikkan senyuman dan kita akan disenangi rakan.