Wednesday 30 November 2011

JAGALAH KESIHATAN DIRI

Setiap orang perlu mengamalkan sikap suka bersenam. Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk menjaga kesihatan diri. Kita patut bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. kita patut mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali bersenam. Berat badan uga dapat dikekalkan jika selalu bersenam. Badan kita akan menjadi cergas dan otak pun cerdas.


Kita juga perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang. Makanan seimbang dan berkhasiat penting untuk kesihatan tubuh. Kita hendaklah mengurangkan makan makanan yang berlemak dan manis. Makanan sebegini boleh menyebabkan badan kita menadi gemuk. Apabila gemuk, penyakit seperti darah tinggi dan penyakit jantung akan mudah menyerang kita.


Tidur dan rehat yang mencukupi juga amat penting untuk menjaga kesihatan. Badan yang lemah akibat tidak cukup tidur juga akan mudah dijangkiti penyakit.


Kesihatan diri perlulah dijaga untuk menjamin kehidupan yang sempurna. Lakukan senaman secara berterusan agar hidup sentiasa ceria.


SENAMAN ITU MENYERONOKKAN DAN MENYIHATKAN BADAN




Kita perlu bersenam tiga kali seminggu mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit setiap satu senaman untuk memperolehi badan yang sihat dan cergas.

Tuesday 29 November 2011

CARA PEMAKANAN YANG SIHAT


MAKANAN HARIAN

Kebanyakkan sekolah yang ada di Malaysia tidak begitu mementingkan aspek pemakanan yang seimbang dikalangan kanak-kanak sekolah. Sebagai contoh ada sekolah tidak mengambil aspek pemakanan yang seimbang sama ada snek yang diberikan kepada kanak-kanak itu berkhasiat dan mempunyai zat yang cukup selain kurang lemak dan tidak monosodium glutamat (MSG).
Sebagai seorang guru sekolah kita seharusnya mempelbagaikan makanan kepada anak murid.Dengan memastikan menu harian adalah seimbang dan juadah yang diberikan itu dipelbagaikan keranan ia juga akan menarik minat seseorang kanak-kanak itu untuk makan.
Contoh jenis makanan harian mengikut kumpulan :

  1. GARAM MINERAL

  

    2. LEMAK

  
   3. VITAMIN




 4. PROTEIN

 
5. KARBOHIDRAT

 

Sunday 27 November 2011

POLA HIDUP SIHAT

MENJAGA KEBERSIHAN DAN KESIHATAN DIRI

PENGETAHUAAN AM

 
Kita memang sedia maklum tentang senaman. Dengan bersenam, anda mampu membakar kalori dengan lebih baik dan menjadikan diri anda lebih sihat. Namun begitu, adakah Anda merasakan tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan senaman setiap hari? Ia sebenarnya tidaklah sesukar Anda bayangkan. Apa kata Anda mencuba tip di bawah ini :

  1. Bangun dari tidur 30 minit lebih awal, tarik nafas sedalam-dalamnya. Rasai nikmat anugerah Tuhan di sekeliling anda. Jalanlah di persekitaran rumah anda untuk menikmati udara pagi dengan penuh ketenangan. Di samping itu anda boleh melakukan sedikit aktiviti regangan.
  2. Kereta anda kotor.Jangan terus membawanya ke kedai, bersihkan sendiri kereta anda. Ini bukan sahaja menyihatkan badan malah mampu menjimatkan wang!
  3. Jika anda tinggal di kondominium atau pangsapuri, sudah tentunya anda menggunakan lif untuk sampai ke rumah anda. Apa kata anda mengubah situasi ini. Gunakan tangga. Anda tidak semestinya naik menggunakan tangga sepenuhnya tetapi anda boleh menaiki lif separuh perjalanan sahaja. Ini merupakan senaman yang baik untuk jantung, membakar kalori dan membina otot.
  4. Letakkan kereta di tempat agak jauh daripada tempat yang ingin ditujui. Ini akan menyebabkan anda berjalan untuk sampai ke destinasi tersebut. Dengan cara ini, anda telah melakukan sedikit senaman.
  5. Jangan hanya duduk sepanjang masa di pejabat. Anda boleh berjalan di sekeliling bangunan tempat kerja anda ketika waktu makan tengah hari atau masa rehat. Ini akan membantu bakar kalori berbanding jika anda duduk menikmati snek semata-mata.
  6. Ketika berada di rumah, bermainlah sepuas-puasnya dengan anak anda atau pun binatang peliharaan anda. Ini juga merupakan salah satu cara untuk mengeluarkan peluh.
  7. Sebelum dan selepas maka, dukunglah bayi anda, jangan guna “stroller”. Ini bukan sahaja dapat membantu membakar kalori anda, malah ia juga akan merapatkan kasih sayang anda dengannya.
  8. Anda juga boleh melakukan aktiviti berkebun di rumah anda. Tanamlah pokok bunga yang anda sukai. Ataupun, anda boleh juga menanam sayur-sayuran, ulam-ulaman atau buah-buahan. Anda bukan sahaja dapat memakan hasil tersebut, malah anda juga akan menjadi semakin sihat.
  9. Berbasikal jika ingin pergi ke rumah rakan anda (untuk kawasan yang berhampiran rumah anda). Anda bukan sahaja dapat menikmati udara segar di sekeliling, malah dapat mengeluarkan peluh. Lakukan aktiviti ini pada waktu petang. Tentu menarik, bukan?
  10. Semasa menonton tv, anda tidak semestinya terpaku di kaca tv sahaja sambil menikmati makanan ringan. Harus diingat, makanan ringan akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit. Sebaliknya, anda boleh melakukan kerja rumah seperti menyapu sampah, mencuci lantai atau mencuci perabut di rumah anda.
  11. Amalan membersih tingkap, permaidani, ruang tamu dan sebagainya juga membantu membakar kalori anda. Oleh itu, lakukan amalan ini setiap hari.
  12. Anda juga boleh memasak sendiri di rumah. Untuk mengadun doh roti misalnya, lakukan sendiri dengan menggunakan tangan, jangan menggunakan alat pengadun. Anda bukan sahaja menyediakan makanan yang bersih dan sihat untuk keluarga anda, malah rasa makanan tentunya lebih mengikut citarasa dan selera anda. Tentunya anda akan berpuas hati apabila mendapat pujian daripada ahli keluarga kelak.
  13. Rancang aktiviti hari minggu anda bersama keluarga. Tidak semestinya pergi ke pantai atau keluar berjalan-jalan, sebaliknya anda boleh lakukan sesuatu di rumah misalnya membersihkan kawasan rumah bersama-sama ahli keluarga anda. Tentunya amat seronok bersama-sama melakukan aktiviti ini, di samping itu tekankan pentingnya menjaga kebersihan kepada anak-anak. Ini sudah pasti akan mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga anda.
  14. Jika anda memiliki alat senaman di rumah, jangan berlengah lagi! Anda boleh membaca bacaan ringan di samping melakukan senaman dengan menggunakan alat senaman ini. In tentunya menjadikan anda lebih tenang. lohgi.blogspot.com


Wednesday 23 November 2011

Lihatlah kandungan bahan-bahan yang terdapat di dalam mee segera - Amat bahaya untuk kesihatan kita!

Makanan segera adalah tidak sesuai untuk murid-murid-murid sekolah. Makanan seperti ini tidak mempunyai khasiat. Badan akan menjadi lesu dan tidak bermaya, sentiasa mengantuk ketika belajar di dalam kelas dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Oleh itu, murid-murid tidak digalakkan membeli dan memakan makanan segera seperti ini. Lihatlah rajah di atas betapa banyak campuran yang merbahaya dicampurkan di dalam adunan untuk membuat mee segera. Amat merbahaya dan amat tidak sesuai  untuk dimakan.

PUNCA-PUNCA OBESITI

INFO-INFO KESIHATAN DIRI UNTUK MENGELAKKAN DARI OBESITI

INFO

1. Didik anak-anak supaya memahami konsep bersenam. Konsep bersenam adalah untuk sihat seperti mengeluarkan peluh dan ajar anak anda betapa pentingnya menjaga kesihatan. Berikan ganjaran sebagai galakan jika mereka berjaya melakukan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

2. Jika anak anda banyak menghabiskan masa menonton televisyen atau bermain permainan video dan langsung tidak keluar rumah, lakukan cara yang paling mudah dengan menyuruh mereka membuang sampah atau pergi ke kedai membeli barang. Setidaknya, mereka boleh mengeluarkan peluh.

3. Beli basikal untuk anak anda dan setiap petang keluar bersama menjalankan aktiviti berbasikal. Jika tidak, anda boleh menemani mereka berbasikal di taman.

4. Benarkan mereka keluar rumah untuk berkawan atau bawa mereka bersama ketika anda ingin berkunjung ke rumah rakan atau saudara.

5. Mencari satu komuniti ibu bapa yang mempunyai anak dan tubuhkan satu komuniti di kalangan mereka dalam bersukan atau beriadah. Ibu bapa juga boleh turut serta dalam menjalankan aktiviti bersenam.

6. Kurangkan memberi makanan ringan atau jika boleh, jangan ajar anak anda memakan makanan ringan.

7. Ajar anak untuk memakan sayur-sayuran dan buah buahan. Kebanyakan ibu bapa terlalu mengikut selera anak. Namun sebagai ibu bapa, perlu kreatif dan mencuba pelbagai cara supaya anak anda dapat menerima makanan begini.

8. Senaman perlu dilakukan sekurang kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit dan lakukan bersama anak-anak anda.


Saturday 19 November 2011

PEMAKANAN YANG SIHAT

Pengenalan

Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bagi membolehkan ianya berfungsi dengan baik.

Piramid Makanan Malaysia digunakan sebagai panduan dalam penyediaan makanan sihat.



Berapakah kuantiti makanan yang seharusnya diambil?
Anda perlulah mengambil makanan mengikut sajian makanan yang telah disarankan oleh Piramid Makanan Malaysia.

Setiap individu mempunyai saiz sajian yang berbeza-beza mengikut tahap aktiviti fizikal masing-masing. Contohnya, seorang atlit atau seseorang yang aktif dalam sukan memerlukan saiz sajian makanan yang lebih besar berbanding mereka yang kurang aktif.

Berapakah kalori yang diperlukan?
Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI) boleh digunakan sebagai panduan dalam mendapatkan jumlah kalori harian yang diperlukan oleh seseorang.

Kegagalan dalam mematuhi panduan tersebut boleh mengakibatkan berlakunya masalah kekurangan berat badan, berlebihan berat badan dan kegemukan / obesity.

Rancanglah Menu harian anda dengan baik bagi memastikan makanan yang anda ambil itu dapat memenuhi keperluan kalori harian anda.

Bagaimana dengan makanan snek?
Pengambilan makanan snek juga turut membekalkan nutrien dan tenaga kepada kita. Namun, pengambilan makanan snek perlulah hanya dijadikan sebagai makanan tambahan kepada menu utama dan bukannya sebagai pengganti kepada menu utama tersebut.
Piramid Makanan Malaysia turut menyarankan jenis-jenis makanan snek yang boleh diambil oleh kita.

Adakah makanan segera itu baik?
Makanan segera boleh diambil sebagai sebahagian daripada sajian sihat harian anda.

Namun, makanan segera kebiasaannya adalah tinggi dalam :

* Kalori.
* Lemak.
* Kolesterol.
* Natrium.
* Protein.

Makanan segera juga mempunyai kandungan gentian dan vitamin yang rendah.

Hadkan pengambilan makanan segera sehingga 1 hingga 2 kali sebulan serta makan dan pilihlah makanan segera dengan bijak.

AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT-FILEM NEGARA

Friday 18 November 2011

TIP GAYA HIDUP SIHAT

1. Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.

2. Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 10 minit sehari.

3. Jangan merokok kerana ia menjejaskan kulit dan kesihatan.

4. Pastikan tidur anda benar benar berkualiti.

5. Benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang solekan (terutama malam). Kulit juga perlu bernafas.

6. Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

7. Luangkan masa untuk memanjakan diri walaupun dirumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi untuk ramuan mandian.

8. Elakkan tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut dikamar bagi meredakan ketegangan.

GAYA HIDUP SIHAT

Thursday 17 November 2011

RANCANGAN TAHUNAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 3

Rancangan Tahunan Bahasa Melayu Tahun 3

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


View more

SEPATAH KATA......

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Saya ROHAYA BINTI MAMAT  adalah pelajar PJJ UPSI (D20102043221   EL-B19) membuat blog untuk pengajaran Bahasa Malaysia Tahun 3 (Unit 10 - Amalan Hidup Sihat). Semoga blog ini boleh dijadikan panduan untuk guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Saya amat mengalu-alukan pandangan yang membina terhadap blog ini. Kepada pelajar-pelajar yang seangkatan dan sesiapa sahaja dijemput untuk menjadi follower saya. Insyaallah saya juga akan menjadi follower anda juga. Kerjasama daripada anda semua didahulukan dengan ucapan terima kasih.